Monday, April 19, 2010

Kuih Cara Manis

Minum petang semalam... hari ni.. tak da masak2..mkn angin jer kat blog kawan... kul 4 baru sampai rumah.. penatnya...

Bahan2 nya:
1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu butter atau minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan

Cara2:
  • Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati
  • Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
  • Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
  • Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Sunday, April 18, 2010

Sup Ayam Special..

Memang special sup ni..yg penting ikut step yg diberikan...resepi dari MYR oleh Tulip.. TQ Tulip n MYR

Bahan-bahan ( 8org )

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (letak lada sulah shj..)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Kuih Kaswi..

Respi dari dapur Anawahid .. yg di CP dari dapur Cik Mat Gebu.. TQ Cik Mat b Ana... Minta izin CP di sini pulak..

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.

Saturday, April 17, 2010

Rojak Buah..

perggghhhh... sedap.. guna buah yg seadanya.. nenas, mangga, sengkuang... buah yg lain masih di kedai...

Kerabu/Urep Taugeh n Kacang Panjang

Sedap ratah gitew2 jer..

Bahan2
3 ulas bawang kecil potong kecil*
2 ulas bwg putih potong kecil*
6-7 biji cili api belah 2*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan*
2 inci cekur@ kencur
kelapa parut secukupnya
2 biji jus limau kasturi
garam secukupnya
daun cekur dihiris nipis, taugeh, kacang panjang potong2..

Cara2
1. * digoreng, angkat dan ditumbuk bersama cekur
2. Panaskan kuali tanpa minyak satukan bahan yg ditumbuk bersama kelapa, gaul rata, masukan garam n jus limau.. kemudian masukan sayur2 kegemaran.. siap..

Ayam Masak Kicap..

Masak sempoi jer.. semua orang pandai masak ayam ni kan.. saja2 nk buat tayangan... jom makan

Thursday, April 15, 2010

Roti Jala..

yehhhhhh... pekene roti jala pulak..masa makan rehat tadi terpandang kari daging makcik kantin kat sekolah.. lepas selak2 n tgok rupa .. kari ni mcm memenuhi ISO tekakku ini.. bungkus kak RM3.00 .. balik sekolah terus godeh2 kat dapur .. sebelum tu selongkar dapur Maz dulu.. mengancam sungguh roti jala dia... akak punya ..hahaha .. boleh lah.. rasa tetap ada .. rupa ???.... resepi CP dari dapur Maz.. tq Maz n Tulip MYR...

Sumber Resipi : Tulip (Myresipi)
Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawang air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning - kita letak warna pink & hijau
  • 1 st garam - kita buh 1/4 sdu kcik je

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
(kita perap 10 min je, nak cpat)

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

Monday, April 12, 2010

KEK PISANG

Kenapa ada conetto.. dalam melayan perasaan marah tiba2 teringin nak makan aiskrim... hahaha.. lega sikit kot..
Untuk meredakan perasaan marah selepas melayan conetto ... jom kita lepaskannya dengan melecek2 pisang pulak.. Resepi dari dapur Doc Inahar.. tapi saya terlupa nk letak gula perang mcm doc ina punya..kebetulan stok coklat chip tengah kemarau pulak... huuu...memang sedap makan kek ni masa panas2 berasap .. resepi CP dari dapur doc ina.. lama dah mengintai rspi ini.. tq doc!!

Bahan2:
1 cawan pisang emas lecek
13/4 caw tepung

225 gm butter
2 biji telur grade A

1 caw gula halus(i guna 1/2 gula castor,1/2 brown sugar..kurangkan amaun sikit jadi 3/4 caw. je)
sedikit lemon juice
1 suduteh soda bicarbonate

1 suduteh esen vanilla

1/2 caw yogurt

sedikit walnut cincang..bakar dulu.(tukor ngan chocolate cip)
garam

cara:
pukul mentega dan gula sampai kembang.masukkan telur satupersatu.then masukkan esen vanila,lemon juice & yogurt.kacau sebati.last masukkan tepung dan pisang lecek. bakar pd preheated oven @ 180 c selama 45-60 minit(ikut oven masing2)

MARAHHHH...


Aku memang MARAH... siapa yang tak marah bila ada kawan yang dengan senang lenangnya tidak memberi kerjasama dalam melunaskan kerja2 yang sepatutnya dibereskan.. bagi aku surat lambat itu bukan alasan.. sebab surat aku juga lambat n aku tak tidur malam menyiapkan kerja2 tsbt.. aku bukan kaki memberi helah atau kaki MC bila tak siap kerja.. kerja adalah kerja..di mana rasa tanggungjawab???.. kenapa tanggungjawab yang sepatutnya dipikul terpaksa digalas oleh orang lain.. YA ALLAH.. Ampun kan lah dosa ku ini.. jauhkan diriku dari perasaan hasad n benci.. AMIN...

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas
  • Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?

    Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali).

    Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok).

    Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.

    Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

    Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

    • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
    • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
    • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
    • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
    • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
    • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
    • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda
    • (petikan dari Portal MyHEALTH!)

Sunday, April 4, 2010

Breakfast ............

Salam sejahtera untuk semua... makan2 untuk hari ini ialah jemput2 @ cucur@cekodok kentang bilis.. bersama nasi goreng sempoi.. harap anak2 ibu aiman n syamira berpuas hati ya.. menu tambahan yang lain ialah kerabu mangga..menunaikan hajat yang lama dah tertangguh.. so breakfast kali ni layan bersama kerabu mangga..ya ampun.. gabungan yang memang tidak sesuai.. tapi apakan daya.. bila mood dah smpai tu kenelah cepat2 buat kan.. tengahari ni dah dpt lesen tak masak dr en. hb.. so bolehlah melepak sambil buat kertas soalan PK 2...
nasi goreng vs popudum...
kerabu mangga.. ikut suka...
Bahan2
2 biji mangga muda - sagat memanjang ikut suka
bawang besar potong ikut suka
lada cili bilangan n potong ikut suka
udang kering goreng n tumbuk
jus limau nipis/sos ikan/gula/ garam .... perasakan ikut rasa
kacang tanah goreng ikut suka
Cara-cara..
Gaul semua ikut suka.. hahahaha..

Sunday, March 28, 2010

Award dari AlongRoz....


Rules:

A :-Say thanks and link the person who gave you the award.

Terima Kasih Alonggg... Top Blogger.. eee... belum tahap tu rasanya... berblog utk suka2.. berkongsi pengalaman memasak, mencuba resepi kwn2, boleh juga sbgai terapi menghilangkan stress bekerja.. di samping menambah sahabat.. espclly yg macam along n kawan2 blogger semua..

B :-Pass this award onto 20 or 13 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
rules yg ni.. KIV dulu eh.. ramai yg layak rasanya..

budak tecik ni.. tunang darwis.. nak angkut juga sekali.. darwis jgn marah ni.. auntie zana pinjam jap jer baby liana ni.. muaaaaahhhh.. comel.. cute..n gerammm... seisi keluarga sy mlm ni menatap wajahnya...
yang ni... malang tak berbau...terseliuh pulak kaki ni..2 hari ni.. terhencot2 bila nak bergerak..pergerakan terbatas di dalam rmah sahaja.. sudahnya tak dpt ke mana2... nmpk gaya esok kene berjalan sopan ke sekolah.....untuk liana nnti kaki auntie dah baik auntie dukung eh..

Saturday, March 27, 2010

Berlawan Senyummmmmmmmm....

yessss...projek smlm... menjadi jugak akhirnya.. mcm buat experimen pulak eh.. celik mata hari ni trus buka dapur knor.. saya pun mcm k nor jugak.. hihihi.. tanpa kepastian menjadi atau tak terus gamble utk buat 2 adunan coz melihat kuantiti tepungnya hanya 125 gm.. ahhh.. melambak lah jawapnya.. siapa nak makan ni.. huuu.. anak2 ku memang tak layan kuih2 mcm ni.. kebetulan ada prgrm maulidur rasul di sekolah smlm.. dptlah kawan merasa apam mekar ku ini.. sesiapa yg belum mencuba.. bolehlah ambil bahagian yer.. mcm2 perasaan ada.. teruja.. debak.. debuk.. mekar ke tidak apam aku ni.. hihihi.. resepi K Fida MYR n CP dari dapur Knor Secubit Garam.. TQ kak....

Bahan2.
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Friday, March 26, 2010

Tomato Spaghetti

Menu Aimmann......... sos readymade .. tambah jer meatball..

Mango Sticky Rice Pudding

Resepi dari dapur Ika .. rasanya ramai yang dah ambil bahagian masak dessert ni.. Ika punya pasal la ni..hihihi.. tq ika..berjaya mengoda akk buat semua ni.. akk CP jer... Tq again my dear..

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 25 minutes

Ingredients:

  • SERVES 3-4
  • 1 cup Thai Sweet Rice (also called 'sticky rice', available at Asian food stores)
  • 1-2 ripe mangos, cut into bite-size pieces (for more on mangos, see below)
  • 4-5 Tbsp. palm sugar OR brown sugar
  • 1/4 tsp. salt
  • 1 can good-quality (thick) coconut milk
  • water (for boiling or steaming the rice)

Preparation:Soak the rice in 1 cup water for 20-30 minutes, OR up to 4 hours.

  1. Do not drain the rice. Simply add 3/4 cup (more) water, plus 1/4 can coconut milk, 1/4 tsp. salt, and 1 Tbsp. brown sugar. Stir this into the rice.
  2. Bring to a gentle boil, then partially cover with a lid (leaving some room for steam to escape). Reduce heat to medium-low (#2.5 on the dial).
  3. Simmer in this way for 20 minutes, or until the coconut-water has been absorbed by the rice. Turn off the heat, but leave the pot on the burner with the lid on tight. Allow to sit for 5-10 minutes. (For step-by-step instructions (with pictures) on how to do this, see my: How to Cook Sticky Rice.
  4. To make the sauce, warm (do not boil) the rest of the can of coconut milk over medium-low heat (5 minutes). Add 3 Tbsp. sugar, stirring to dissolve.
  5. Taste-test the sauce for sweetness, adding more sugar if desired. (note that it will taste less sweet when added to the rice).
  6. Add scoops of rice (portion out 1 scoop per person) directly to the sauce pot and stir over low heat, gently breaking apart large lumps, but leaving smaller lumps/chunks). Now add the mango pieces and gently stir until everything is warmed through. Portion out into serving bowls, making sure everyone has equal amounts of rice, mango, and plenty of sauce. Enjoy!

UDANG MASALA

Resepi C/P dari dapur Doc Inahar... asal dari Chef hanieliza.. mudah saja... n sedapp.. tq kak liza n doc..
Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Saturday, March 20, 2010

Daging Blackpepper..

Masak2 sempoi hujung minggu..menghabiskan baki2 stok yang ada.. sblm balik kg.. esok tentu dapur tak berasap...tak tau bila nak berasap balik.. bila dah mula sekolah.. sekali sekala jer dapur ni dapat berasap.. tu pun setakat goreng telur jer.. daging blackpeper resepi dari dapur knor juga hana.. tak ingat yang mana dulu.. hihihi.. tak kisahlah.. yang pasti kedua2nya mmg sentiasa hangat dengan pelbagai resepi.. tak pernah kering idea.. TQ knor n hana...

Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
* saya tambah 2 biji kentang potong wedges- digoreng..

Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Taufu Fa..

Taufu Fa.. air gula merah.. guna tauhu lembut.. kukus sekejap.. n siapp...

Friday, March 19, 2010

Nasi Baryani Ayam Mudah..(Penang Style)

Ronda-ronda... cari rspi.. suka2 nak mencuba.. kebetulan ada stok beras basmathi n rempah baryani tu.. kita mmg tak berapa minat nasi baryani .. orang kata baryani johor sedap.. yer ke...tak tau sedap nya di mana..ikut selera masing2.. yang penting suka mencuba kan.. tentu kenyang perut isi rumah yang lain..
syamira tanya.. mana ayamnya bu.. mana kuahnya bu.. hahaha.. kene bergandingan dengan dalca tentu lebih umppp kan.. but.. ibu dah malas pulakk.. layan jer lah dengan air sejuk yer nak.. tak senonoh tul ibu ni.. tercekik gak anak2 ibu ni nanti.. hahaha.. dah ibu nak buat keje sekolah la... RESEPI DARI DAPUR MINA.. bolehlah jenguk2 kat situ eh.. TQ Mina for sharing this rspi..

Thursday, March 18, 2010

Donut Kentang

Makan2 untuk minum petang.. first time mencuba donut kentang dari dapur ros@jintanmanis.. kawan2 lain rasanya dah ramai yang mencuba.. donut ini memang sedap n lembut tekturnya.. tq ros berkongsi rspi.. akak CnP resepi dari dapur ros ya..

Bahan-bahannya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,

Daging Bakar Lada Hitam vs Air Asam

Teringat makan2 di Rasa Utara Berjaya Times Sq masa CNY ari tuh.. oder daging bakar.. saja nak tgok rupa daging bakar di restoran tuh.. boleh laaa.. kene lah kata sedap coz dah ber enget2 kuar.. buat sendiri mmg berbaloi.. semua boleh letak extraa... makan pun ber ektra2 juga la jwpnya..
Dah pernah buat rspi ni sblum ni.. Untuk air asam blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!.... ayat2 ni copy dari dapur Ika ya.. jangan marah ika...TQ so muchhh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin